Wednesday, December 21, 2011

Let The Love Of Allah Remain In The Heart



In the name of Allah the Most Gracious and Most Powerful that holds the souls of His servants.
And to Him we put our heart and lives.

Do believe that Allah will giving us the best. He created us and all temptations, tests from His actually to strengthen our heart and iman.

Be strong dear Heart!! Allah is always be with you..
Insha-Allah^^

Let The Love Of Allah Remain In The Heart <3

Monday, December 19, 2011

Nota: Belajar Dari Lebah


Assalamualaykum semua^^...Hava a bless day insha-Allah

Alhamdulillah, pagi ni saya ada mengemas fail peribadi saya yang mengandungi surat-surat, karya kreatif dan kata-kata daripada sahabat-sahabat tersayang.. Helaian demi helaian diselak.. sebak ...itulah perasaan yang hadir.

'Permata 16'
Itulah seungkap nama yang sangat saya rindu..Dan perasaan itu bersarang di jiwa untuk sekian lamanya..

Namun, mata saya tertancap pada sekeping helaian biasa yang ditulis tangan.. Warkah daripada "Auni Syadiyah"..

"Seorang muslim itu adalah ibarat lebah. Apabila ia makan, ia makan barang yang baik.. dan apabila ia mengeluarkan sesuatu daripada badannya, yang dikeluarkannya itupun barang yang baik..berupa madu yang manis dan segar. Malah menjadi ubat kepada manusia. Dan apabila ia hinggap sekalipun di sebuah ranting yang lapuk, maka tempat ia hinggap itu sedikit pun tidak rosak lantarannya"

Allah ada berfirman dalam surah An-Nahl[49]
" Dan segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi hanya bersujud kepada Allah iaitu semua makhluk bergerak (bernyawa) dan juga para malaikat, dan mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri'.

Inilah hakikat kesemua makhluk yang diciptakan oleh Allah.. Akan tetapi, bagaimana pula dengan kita manusia? Sering lupa, alpa dengan hakikat penciptaan kita yakni beriman kepada Allah.
Moga hentian ini membuatkan kita tersedar bahawa kita adalah hamba kepada Allah dan kepada Dialah kita menghambakan diri..
Insha-Allah..
"Berfikir dan merenung"

Wassalam.

Jzk khair kpd 'semua'.


Sunday, December 18, 2011

~Bahagia~



Bismillahirrohmanirrohim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasih..Yang memegang jiwa hamba-hambaNya..

Baru-baru ni, saya didatangi perasaan yang jarang saya rasa selama ni. Agak lama perasaan ni menyepi dari hati dan jiwa saya. Sungguh tenang diri saya bila perasaan ini hadir.

[BAHAGIA]

"Ala bidzikrillahi tatma'innal qulub": 'Dan ingatlah! Dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang'

Tenang yang bagaimana?
Bahagia yang seperti apa?
Sangat susah nak menterjemahkan perasaan kepada bait-bait perkataan..

Moga Allah sentiasa mengasihi kita..Sentiasa menghantar perasaan 'bahagia' ini kepada kita..
Insha-Allah